Yuna Bertara Indra

To the whole world, I might be just one person…. But to one person, I might just be the whole world……

Sindrom yo-yo

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 9:38 pm on Tuesday, November 29, 2005

CabbagerootvegetablesBerat badan yang turun secara drastik mmg x elok utk kesihatan anda. Misalnya jika korang turun 5kg dalam mase 3 ari, mebi korang anggap dah berjaya ttp pd hakikatnye, berat anda kemungkinan besar akan naik semula dgn cepat dari itu. Ini la sindrom yo-yo iaitu keadaan di mana korang akan menjadi kurus atau gemuk saling berganti. Mebi perubahan yg berlaku akan ketara sehingga tekanan darah pon akan cepat naik dan seterusnye memberi kesan buruk kpd jantung anda. So buat amalan diet dgn cara lebih sihat.

Atasi Badan yang lesu

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 9:31 pm on Tuesday, November 29, 2005

1. Minum segelas jus buah2an
2. Bersihkan gigi secara teratur
3. Minum teh
4. Tarik nafas dalam2
5. Menonton filem lucu
6. Menelefon kawan2
7. Merawat kaki

Pasrah

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 8:59 pm on Monday, November 21, 2005

P" Ya Allah…Seandainya Engkau telah catatkan…Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi….Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…Ke tepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya Allah..Seandainya telah Engkau takdirkan…dia bukan milikku…Bawalah ia jauh dari pandanganku…Luputkanlah ia dari ingatanku…Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti…Berikanlah aku kekuatan…Melontar bayangannya jauh ke dada langit…Hilang bersama senja nan merah…Agarku bisa bahagia…Walaupun tanpa bersama dengannya….

Dan Ya Allah Yang Tercinta…Gantilah yang telah hilang…Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah Ya Tuhanku…Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…Adalah yang terbaik buatku…Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah…Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan di akhirat…Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini…Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia mahupun di akhirat…Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…

Amin…Ya Rabbal ‘Alamin…."

Info Pisang

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 6:46 pm on Monday, November 14, 2005

Images2

** Selain utk tujuan perubatan, pisang gak bagos utk tujuan kecantikan. Pisang yg dilenyek hancur perlu dicampor dgn sket susu dan madu. Then sapukan campuran ini ke kulit wajah dan dibiar selama 30 - 45minit. Cuci dgn air sejuk atau ais. Dan ulangi kembali slps 15 ari. Kulit wajah diprcayai akan lbih lembut dan licin. Bg depa yg ada masalah jerawat yg serius leh sapu kulit pisang pd muka. Kulit pisang bole disapu utk ilangkan parut.

** Pisang gak adalah makanan yg boleh ilangkan stress..Haa sape tensen ke pressure ker makanla pisang…xcayer tengok monyet2…derang xtensen pon hehe…

** Khasiat pisang

Kalori            99kalori
Protein         1.2gm
Karbohidrat   25.8mg
Serat            0.7gm
Kalsium        8mg
Fosforus       28mg
Zat Besi        0.5gm
Vitamin A     44RE
Vitamin B      0.08mg
Vitamin C      3mg
Air               72mg

** Yuna ade baca gaks sebiji pisang nih sama kalori dgn sepinggan nasik…so kalo makan nasik pastuh makan pisang lak …berpinggan2 la nasik korang makan… haha..yuna ske pengat pisang…

Images

Bananas in Pyjamas

Sekitar rumahku….

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 9:40 am on Friday, November 4, 2005

Jvc_045 Jvc_046

Jvc_047