Yuna Bertara Indra

To the whole world, I might be just one person…. But to one person, I might just be the whole world……

Tik Tok Tik Tok Tik Yuna dan Jam

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 6:00 pm on Wednesday, January 25, 2006

Hehe…yezzaa esok balik Pendang….Cuti semigu..horay horay its a holiday…Naik bas kul 11 mlm…

Td mase dlm bilik termenung tgh tengok2 jam..teringat ler kisah jam nih…byk kisahnye…korang ingat tak bile fes time korang blaja tengok jam????? Yuna rase dlm darjah 2 3 mcm tu la…Buta jam mase tuh…xreti tengok jam berjarum…Bile mak tanye kt dapur ‘Along skrg kul bape?’huhu yuna pon jawab…‘Jarum pjg dkt no 5…jarum pendek dkt no 9” hehehe 9.25 la tu…ape punye jawapan le…pastuh abah pon ajar…kebetulan plak subjek math kn ade blaja tengok jam…pastuh jenuh la tak paham…abah suh kire 5 10 15 20 25…yuna lak tak paham…pesal lak kt jam tu 1 sampai 12 jer… tp kene kire minit sampai 60…huh…mase tu abah x ajar lak ade nombor kecik2 antara 1 ke 2…2 ke 3…payah tol nak paham mase tuh…ntah mcm mane yuna mmg tak paham lg tp buat2 paham…

Form 1 baru pakai jam tgn…abah bagi hadiah UPSR…masok asrama…ade skali tuh gi rombongan skola…tertinggal jam kt toilet…suruh bas berhenti…gi lari cari jam tengok2 dh xde…sape la pencuri durjana tu…menangis giler mase tuh…

Lepas dr tuh dh tak pakai jam tangan mahal2…beli murah2 jer..rosak beli lain rosak beli lain…bulan lepas beli jam baru hihi…duit OT…saje dh lame x pakai jam sejak jam mase yuna blaja tu putus…ni baru start pakai jam balik…

Teringat gak mase skola kan ade karangan ‘Aku Seutas Jam’ ‘Aku sebuah jam’..hehe…

Inilaa karangan Yuna dan Jam

Gosip bantu anda lebih seronok

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 10:01 pm on Tuesday, January 24, 2006

Bukti ilmiah telah menunjukkan bhw gosip di antara manusia sama spt ’social grooming’. TIngkah laku spt ini akan mengeluarkan hormon ‘endorphins’ secara semulajadi yg membuatkan kite terase lebih gembira dan seronot.Whisper20girls THe Oxford-based Social Issues Research (SIRC) menyatakan gosip adalah keperluan sederhana yg bole memberikan kite suatu keseronokan secara semulajadi. DI samping itu gosip juga penting utk hubungan sosial, fizikal dan psikologi manusia. Tp jgn melampau udahlerrr

p/s: ingatla gak dosa pahala…hihi..

Santan Tahan Lama

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 8:33 pm on Monday, January 23, 2006

CocopowPerah kelapa yg dah dimesin dgn air masak atau air bese, jgn terlalu cair. Masokkan dlm periuk dan tambah sket garam kasar. Masakkan atas api yg sederhana sehingga agak2 pecah2 minyak. Biarkan sejuk dan simpan di tempat yg x terkena air. Santan bole tahan sampai 2 atau 3 ari.

Elak Percik Minyak Mase Memasak

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 8:27 pm on Monday, January 23, 2006

Masokkan garam kasar dlm minyak yg dipanaskan…Pastu baru la start menggoreng…
p/s : Yuna pakai garam biase jer…xpercik jugak…rilek jer goreng hati ayam hihi…Grm

Hilangkan Rase Sedeh

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 8:16 pm on Monday, January 23, 2006

Sad20monkeyRase sedeh dalam suatu jangkamasa tertentu adalah pekara biase. Tp jgnla berlarutan.Panduan berikut dpt membantu anda meningkatkan keceriaan:
1. Berbual dgn seseorang - masalah akan lebih mudah ditangani bile berbual dgn someone yg dpt memahami prasaan kite.
2. Bersenam - Badan yg cergas menaikkan semangat anda
3. Berhenti Menyalahkan diri sendiri - Tade manusia yg sempurna kt dunia nih
4. Ingat kelebihan diri - Gunakan kelebihan itu sebaik mungkin
5. Makan makanan sihat - Menikmati menu sihat meningkatkan kadar kesihatan dan mempengaruhi emosi

Tips Cuci Wajah Dari Mekap

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 9:19 pm on Saturday, January 14, 2006

Butterflyface21. Jgn bersihkan muka melebihi 2 kali sehari melainkan kulit anda tercemar teruk pd kekotoran dan habuk
2. Pastika suhu air yg digunakan adalah sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Air yg panas akan mengering dgn cpt dan air yg sejuk sukar menanggalkan solekan.
3. Jgn sesekali tido dgn mekap tebal di muka. Ini akan membuatkan liang roma bertambah besar.
4. Semase mencuci jgn gosok muka terlalu kuat.Sapu dgn gerakan ke atas agar kekotoran dgn sisa mekap dpt dicuci sempurna.

Tips Memakai GIncu

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 9:02 pm on Saturday, January 14, 2006

Lips_0051. Kalo anda mmg mempunyai warna bibir yg semulajadi pucat, jgn biarkan walaupon ketika bersantai di rumah. Sapukan lip gloss/lip balm agar bibir kelihatan segar dan sihat. kalo anda menerima tetamu ttp tidak ingin bersolek berlebihan sapuan lipgloss sedikit berwarna sudah memadai.

2. Utk warna gincu kekal lama, sebelom pakai gincu, sapu bedak asas dulu pastu pakai gincu.

3. Utk bibir kering jgn lupa pakai lip balm.

p/s: kalo bibir kering leh taruk marjerin sblm tido….huhu…jgn semut hurung dah ler

Elok ke diet protein????

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 7:24 pm on Friday, January 13, 2006

Pengambilan diet tinggi protein tidak digalakkan oleh dietitan kerana ianya mungkin menimbulkan masalah serta kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Diet ni juga berkesan utk jangka masa pendek saje. Cara terbaik menurunkan berat badan dgn mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak. Lebihkan sayur2an. Hentikan pengambilan kuih muih yg manis. Amalkan senaman secara berkala. Yang penting JANGAN PUTUS ASA!! Chiao yo chiao yo!!

p/s : Mujur lom try diet protein nih…

Bahaya Tido Bukak Lampu

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 7:14 pm on Friday, January 13, 2006

Jika anda tido di bawah cahaya lampu terang sepanjang malam, anda semakin mudah diserang kanser payudara. Ini kerana pendedahan berpanjangan di bawah cahaya, akan menurunkan penghasilan melatonin, sejenis hormon yg mencegah penyakit tu. Melatonin hanya bole dikeluarkan oleh tubuh semasa keadaan gelap sahaja. Jadik mulakan tido di dlm gelap atau hanya ditemani lampu cahaya suram sahaja.
Sleep

Takkan Melupakanmu - RADJA

Filed under: Uncategorized — cikyuna at 5:47 pm on Tuesday, January 10, 2006

Oh terindah, lagu yang terindah
Sengaja aku cipta untukmu yang terindah
Semoga dapat meluluhkan segala keraguan
Semoga dapat menghancurkan kerasnya batu prasangka

Aku takkan melupakanmu
Takkan meninggalkanmu
Takkan menduakan cintamu, kubersumpah

Aku tak ingin mengingkar janji
Tak ingin menjadi duri
Tak ingin menjadi cinta yang membara

Rebahlah kau dipelukku
Lepaskan resahmu
Bebaskan jiwamu
Dari prasangka2 burukmu
Dari kerasnya batu curiga

Aku takkan melupakanmu
Takkan meninggalkanmu
Takkan menduakan cintamu, kubersumpah

Senyuman melati
Sambutlah mentari
Raihlah cintamu
Hari ini………

Next Page »